BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

fikir-fikirkan lah

"Don't make promise when you are in JOY,
Don't reply when you are SAD,
Don't take decision when you are ANGRY,"

Think twice, Act wise...

.:Lagu2 hati:.

Thursday, January 7, 2010

Bertunang

mlm smalam lepas bermain call of duty 5 ngan member2 kat sini (smpai round 19.hehe),
seorg member terlihat sorg status sahabt kami kat facebook..

dye tulis status engaged to (name ckgu kitorg)
wah!! terkejut+xsgka kitorg tgk status tu..
xsgka awal2 dah bertunang (xde la awal sgt pun)
kwn kitorg pompuan n ckgu kitorg laki..
tp, jauh disdut hati ak, ak btol2 bersyukur n tmpg gembira ngan kwn ak ni..
alhamdulillah, pd zaman kini yg makin ramai org 'mengenali' pasangan msg2 ngan cara kapel (no offense),
still ade jgak org yg memilih cara Islam untuk mengenali pasangan sehidup semati diorg..
ak doakan semoga mereka sampai ke alam pernikahan dan bahagia dunia akhirat..

ak curious gak psl bertunang2 ni, so ak cari artikel pasl tunang dgn mr google.
bwh ni artikel yg ak rase pling ringkas n ok psl bertunang.


apakah hikmah bertunang?

1. Diantara hikmah bertunang adalah :-

a. membolehkan pasangan yang bertunang itu mengenali diantara satu sama lain,

b. ia merupakan cari untuk menilai akhlak, budi pekerti dan minat masing-masing

c. mencari titik-titik persefahaman antara pasangan

Kesemua ini dilakukan mengikut batasan syara' yang dibenarkan. Beberapa disiplin yang dinyatakan oleh Ustaz Zaharuddin semasa pertunangan adalah :-

Quote:
Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu’ dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.

6) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat), bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal’ lebih mudah.

7) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-
a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
b. Haram ber”dating” tanpa disertai mahram yang thiqah.
c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( sms, phone, chat, mesengger )
d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
g. Awas daripada bertukar gambar.
h. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.
adakah bertunang ni ade masa zaman nabi?

2. Pertunangan (Khitbah) adalah syariat Islam. Firman Allah swt :-
وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُمْ بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاءِ
"Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan " [surah al-Baqarah : 235]

Nabi pernah bertunang dengan A'isyah ra [Sahih al-Bukhari #4793] dan diriwayatkan baginda pernah bertunang dengan Hafsah [Sahih al-Bukhari #4830].
Malah baginda menyarankan agar sesiapa yang ingin bertunang dengan seseorang wanita, dia dibenarkan melihat kepada wanita tersebut yang ingin dipinangnya.

Sabda Nabi :-
إذا خطب أحدكم المرأة فإن استطاع أن ينظر إلى ما يدعوه إلى نكاحها فليفعل
"Apabila salah seorang dari kamu ingin bertunang, jika dia boleh melihat dimana permintaannya untuk meneruskan dan bernikah, maka biarlah dia lakukan" [Hadith Riwayat Abu Daud #2082].
Jelas disini menunjukkan bahawa bertunang juga adalah sunnah Nabi .

jika tidak bertunang,boleh terus nikah ke?

3. Apakah seseorang itu dibenarkan terus bernikah tanpa bertunang? Jawapannya : BOLEH bernikah tanpa bertunang. Persoalannya, mana mungkin seseorang itu boleh terus berkahwin dengan seseorang wanita tanpa bertanyakan samada wanita tersebut ingin bernikah dengannya?

Mungkin yang dimaksudkan bertunang oleh anda adalah majlis pertunangan yang biasa diadakan oleh masyarakat Melayu; dimana berlakunya perhantaran cincin tunang dsb. Dari segi syara', bertunang adalah "seseorang lelaki bertanyakan wanita tersebut agar berkahwin dengannya". Dengan selesainya seseorang lelaki bertanyakan atau meminang seseorang (dan dipersetujui), maka natijahnya itu dinamakan bertunang. Dari segi syara', memang tidak ada majlis khas bagi amalan pertunangan ini. Ia cuma lamaran dan deklarasi perjanjian untuk berkahwin.

Al-ahkam.net

6 yg prihatin:

Zafree said...

nanti ko tulis la beza tunang yang basic (mengikut syara) dengan tunang mengikut adat (majlis tunang etc). sebab ada banyak majlis nie la sesetengah orang malas ak bertunang~

banyak lak request kan. lol

Sharifuddin Shukri said...

igtkan ko nk jmpot ke majlis pertunangan ko td.. hahaha~

izzatimar'e said...

salam...
haha.. egt ko nak cter psl ko da nak b'tunang ke... ish3....

eshad phantom said...

ok nanti ak try cari..

hahaha..ak nak bertunang kebendenye
calon pun xde lg..

jgn risau, kalo ak tunng ak jmput korg nanti..

ezaitie nfib. said...

As'Salam,

maaf saya nak tumpang lalu sambil2 membaca blog saudara. btw, boleh tak kiranya saya nak ambil atau copy & paste ilmu yang saudara kongsikan utk entry e-novel saya Calon Menantu Mak.

tq

nurulain said...

mohon share