Dari tanah kamu datang,
kepada tanah kamu akan dikembalikan,
bertaubatlah bersungguh-sungguh sementara punya masa,
sesungguhnya masamu makin berkurang dan tidak akan pernah bertambah,
jadilah orang yg berjaya di dunia dan di akhirat,
sesungguhnya, IZRAIL memerhatimu!!
"Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Dan sesungguhnya pahala kamu akan disempurnakan pada hari kiamat. Sesiapa yang dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia sesungguhnya telah beruntung. Kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdayakan" ( Ali Imran : 185 )
Nabi s.a.w bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung dari gaung-gaung Neraka".
0 yg prihatin:
Post a Comment