BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

.:Lagu2 hati:.

Monday, February 8, 2010

Ketawa XD

salam,

penah x korang terdengar orang ketawa terlalu kuat sampai rase annoying???
apa first impression ble dgr org tu ketawa kuat2??
first skali mesti ingat dye ni org xde adab. btol x??
disebabkan curious yg agak tinggi, ak try la cari hukum berkenaan ketawa ni.
bawah ni adalah hasil carian ak.

Abu Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ishaq bin Manshur berkata: Ketika Khidir akan berpisah dengan Nabi Musa a.s. maka berkata Nabi Musa a.s.: “Berilah nasihat kepadaku.” Khidir berkata: “Ya Musa, jangan banyak bicara dan jangan berjalan tanpa kepentingan dan janganlah tertawa tanpa sesuatu yang mentertawakan dan jangan menempelak orang yang salah dengan dosa kesalahannya dan menangislah atas dosa-dosamu sendiri, hai putera Imran.”
Jaafar bin Auf dari Mas’ud dari Auf bin Abdullah berkata:“Biasa Nabi Muhammad SAW tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak menoleh kecuali dengan wajahnya. (Yakni tidak suka melerek).” Hadis ini menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan tertawa bergelak-gelak itu makruh. Maka seharusnya orang yang sihat akal jangan gelak-gelak tertawa sebab banyak yang bergelak di dunia bererti akanbanyak menangis di akhirat. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Hendaklah kamu sedikit ketawa dan banyak menangis setelah menerima pembalasan dari amal perbuatan mereka.”
Al-Hasan Basri berkata: “Sungguh ajaib seseorang dapat tertawa pada hal di belakangnya ada Api Neraka dan orang yang bersuka-suka sedang di belakangnya maut.” Al-Hasan Basri bertemu dengan pemuda yang sedang tertawa , lalu ditanya: “Hai anak muda, apakah engkau sudah menyeberang Shirath?” Jawabnya: “Belum.” “Lalu kerana apa engkau tertawa sedemikian itu?” Maka sejak itu pemuda itu tidak tertawa lagi. Nasihat Hasan meresap benar dalam hatinya sehingga ia bertaubat daripada tertawa.

so, apa kah konklusi nye??
konklusi nye adalah kurang2 kan lah ketawa,
tp bnyak2 kan lah senyum..
senyum itu sedekah~haha..





wahai wanita


Wahai wanita,
rambutmu adalah mahkotamu,
yang tidak ternilai harganya,
maka,
Jagalah ia dengan sebaik-baiknya,
buat si dia,
suamimu yg tercinta,

Wahai wanita,
Suaramu adalah senjatamu,
setiap bibit percakapanmu,
melemahkan setiap sendi anggota kaum adam,
maka,
jagalah ia dengan sebaik-baiknya,
gunakan ia bila perlu sahaja,

Wahai wanita,
wajahmu umpama bulan purnama,
engkaulah bidadari dunia,
maka,
jagalah ia sebaik-baiknya,
hiasilah ia hanya untuk si dia,
suamimu yang sah,

wahai wanita,
Jadilah engkau berlian yang mahal harganya,
Janganlah engkau menjadi kaca-kaca yg murah,
yang dipijak orang kerana tiada nilainya.

Saturday, February 6, 2010

Kau marah aku lagi marah

salam,

arini bru je abis badminton tournement 'piala badgers' kat natatorium uni.
tournement ni saje nak eratkan hubungan sesama malaysian kte.
alhamdulillah, walaupun kalah (sori r wan),
dpt r berpeluh sedikit n melepaskan tensyen2 blaja.
so, balik je bilik konfem la penat.
nasib baik la wan tbe2 nak masak lauk daging merah,
jadi ak ngan zap just beli nasi goreng jela dr Asian kitchen.
time nak menunggu lauk masak,
ak ngan zap lepak la bilik wan smbil smbg.
then, ble lauk dah masak n kitorg pun nak start melantak,
ak pg la bilik nak amik nasi goreng tu.
sekali KUNCI lak bilik tu.
then, ble penat+pintu Kunci+lapar
=marah/tensyen.
n terkeluar mende yg xsepatutnya.
adoii.
lemahnya diri ni.
disebabkan nafsu, diri ini kalah pada sifat amarahnya sendiri.
teringat hadis Nabi Muhammad SAW:

Rasulullah SAW bersabda.
"Marah itu daripada syaitan.Syaitan itu daripada api.Api boleh dipadamkan dengan air.Maka apabila kamu marah, BERWUDUKLAH" [hadis riwayat Al Imam Ahmad]

biasalah, ble kte marah,
kte meletakkan nafsu di depan.
membelakangkan pemikiran, mengenepikan logik akal, menutup rasional.
so, lepas ni, pendamkan lah perasaan marah tu.
perasaan ni xbawak apa manfaat untuk kita.
Rasulullah sendiri ada bagi tips2 untuk mengawal perasaan marah.

Sabda Rasulullah SAW
"Apabila kamu marah,maka jauhilah orang yang kamu marahi,berubahlah
dari tempat kamu berdiri ketika marah,jika kamu marah dalam keadaan berdiri,
hendaklah kamu duduk,jika kamu marah dalam keadaan duduk,hendaklah
kamu berbaring"

Bersabar la

'Dan Allah mencintai orang yang sabar' [al-Imran:146]
'Sesungguhnya Allah bersama-sama mereka yang sabar' [al-Baqarah:153]

Pilihan anda:
bersabar?
atau marah?

fikir2kan lah.

Thursday, February 4, 2010

bersangka baik

salam..

skrg ni xtaw la nak tulis apa kat blog ak ni.
beberapa post sebelum ni senarnye experiment utk tgk reaksi pembaca2 blog ni.
nak tgk mcm mane kalo tbe2 nak try tulis post emo..
hahaha..
yg post bertajuk "kawan Kebendenya" tu senarnye bukan post emo ak.
ak just menulis balik apa yg kawan ak penah ckp dlu.
so, xde kena mengena ngan sape2 pun ek.
ok la.
dah ckup r merepek kat post2 lpas.
kte kembali pada tazkirah kte ek.
ni stu post yg ak plagiarism dr kwn ak.
bkan sme la.
just amik point penting je.

zaman sekarang ni, kte slalu pandang buruk kat orang.
kte rasa kte je btol, orang len salah,
kte je yg power, orang len lemah.
thus, ni antara tips untuk bersangka baik kepada manusia lain.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku
kufur dan berbuat buruk.

Thursday, January 28, 2010

kawan kebendenye!!

awek ajak bley je kuar!!

kawan ajak kuar xnak plak!!
apa punye kawan dah..
pg r ko ngan awek ko tu..
hidup r korg ngan dunia korg tu..
ko pikir awek ko la segala2 nye ke apa??
skrg ye2 r bercinta..
sampai lupe dunia,
sampai lupe kawan,
sampai lupe TUHAN!!!
nanti ble dah clash,
TERKEDEK2 datang minta tolong,
wei,
ko dgr sini ok,
dlu time ko bercinta ko lupe kitorg,
so, ble awek ko lari,
ko BAJET kitorg nak tolong ko ke hah!?
sori r beb,
what u give, u get back la..
pandai wat pandai tanggung..
ade paham!!

fuh~ lega hati..hahah..
dah lame sgt terpendam dlm hati..
saje nak ckp..

Wednesday, January 27, 2010

keajaiban dunia

Assalammualaikum..

dah lame x berblogging ni. al maklum r, dah stat sem baru,azam pun still fresh, bnyak lak kena bace n kena wat. arini tergerak hati untuk berfikir tentang keajaiban dunia. okla, ble kte terdengar keajaiban dunia, pasti kte terfikir bangunan2 yg org panggil wonder of the world.tp pernahkah kte terfikir semua yang semua Allah kurniakan sebagai keajaiban dunia yg sebenar??
berikut adalah artikel dri iluvislam.com
Sekelompok siswa-siswi kelas geografi sedang mempelajari Tujuh KeajaibanDunia.

Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan “Tujuh Keajaiban Dunia” ketika ini.

Walaupun ada beberapa bertentangan pendapat akhirnya sebahagian besar senarai diperolehi:

Tujuh Keajaiban Dunia

1) Piramid
2) Taj Mahal
3) Tembok Besar Cina
4) Menara Condong Pisa
5) Angkor Watt
6) Menara Eiffel
7) Kuil Parthenon


Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar. Seorang gadis yang pendiam dan dia belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.

Gadis pendiam itu menjawab;

“Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak.”

Lalu,pensyarah yang pelik dengan jawapan si gadis itu berkata;

“Baiklah, beritahulah kepada kami apa yang anda miliki, dan mungkin kami dapat membantu untuk memilihnya.”

Gadis itu ragu sejenak dan kemudian membaca mula membaca senarainya.

“Saya fikir, Tujuh Keajaiban Dunia adalah..."

1) Dapat melihat
2) Dapat mendengar
3) Dapat menyentuh
4) Dapat menyayangi

Dia ragu sebentar, dan kemudian meneruskan…

5) Dapat merasakan
6) Dapat tertawa
7) Dapat mencintai


Ruang kuliah tersebut sunyi seketika.

so, apa yang anda fikir ble bace artikel ni?? saat orang len berlumba mengagung2kan ciptaan manusia yg fragile, mahasiswi ini meletakkan semua kurniaan Allah yg maha esa sebagai keajaiban dunia yg sebenar. hargailah setiap pemberiaan yg Allah kurniakan. ini semua adalah pinjaman je. bukan nye milik kte yg kekal. ble2 mase je Allah bley tarik semua nikamt-Nya ni. Gunekanlah setiap pemberiaan Allah ni kearah kebenaran dan kebaikan. janganlah gunekan kearah kejahatan dan kemaksiatan. cbe tgk tangan kte, cbe kte muhasabah balik. apa yang kte dah wat dgn nya??
adakah kte bnyak memberi sedekah dengan nye?
atau kte gunekan nya untuk menumbuk org??
adakah kte mengguna telinga kte untuk mendengar perkara2 yang baik??
atau kte gunekan untuk mendengar umpatan2 org??
adakah kte gune mulut kte untuk bertasbih memujinya??
atau kte gunekannya untuk caci maki hamun??
renung2kan lah..
muhasabah la diri sebelum terlambat.
dan ingatlah bahawa maut x menunggu mu walaupun sesaat.


Sunday, January 24, 2010

Usah diimpikan

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak sesempurnaRASULULLAH