awek ajak bley je kuar!!
fikir-fikirkan lah
Don't reply when you are SAD,
Don't take decision when you are ANGRY,"
Think twice, Act wise...
.:Lagu2 hati:.
Thursday, January 28, 2010
kawan kebendenye!!
Di coret oleh eshad phantom pd waktu 6:01 PM 15 yg prihatin
Wednesday, January 27, 2010
keajaiban dunia
Assalammualaikum..
Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan “Tujuh Keajaiban Dunia” ketika ini.
Walaupun ada beberapa bertentangan pendapat akhirnya sebahagian besar senarai diperolehi:
1) Piramid
2) Taj Mahal
3) Tembok Besar Cina
4) Menara Condong Pisa
5) Angkor Watt
6) Menara Eiffel
7) Kuil Parthenon
Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar. Seorang gadis yang pendiam dan dia belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya.
Gadis pendiam itu menjawab;
“Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak.”
Lalu,pensyarah yang pelik dengan jawapan si gadis itu berkata;
“Baiklah, beritahulah kepada kami apa yang anda miliki, dan mungkin kami dapat membantu untuk memilihnya.”
Gadis itu ragu sejenak dan kemudian membaca mula membaca senarainya.
“Saya fikir, Tujuh Keajaiban Dunia adalah..."
2) Dapat mendengar
3) Dapat menyentuh
4) Dapat menyayangi
Dia ragu sebentar, dan kemudian meneruskan…
6) Dapat tertawa
7) Dapat mencintai
Ruang kuliah tersebut sunyi seketika.
Di coret oleh eshad phantom pd waktu 1:50 AM 2 yg prihatin
Sunday, January 24, 2010
Usah diimpikan
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak sesempurnaRASULULLAH
Di coret oleh eshad phantom pd waktu 5:06 PM 0 yg prihatin
Thursday, January 21, 2010
Kematian
kenapa kamu bersenang lenang didunia tanpa memikirkan akhiratmu??
Di coret oleh eshad phantom pd waktu 6:25 AM 2 yg prihatin
Wednesday, January 20, 2010
campus briyani
assalammualaikum,
arini nak cite n bg pendapat sket pasal tajuk kat atas. sape2 yg ddk n blaja kat UW-madison semestinya taw apa tu campus briyani kan?? okla, ni antara pengalaman ak ngan kedai ni.
beberapa hari yg lepas, rumah ak blackout/electric shot selepas rumate ak si afro (korg mesti taw nye) membuka pintu dan menyahcaskan electric static dr rambut beliau yg menyebabkan sistem elektrik umah ak overload n blackout. (nazwan, 2010). so, akibat dari blackout, ak xley nak msk kat bilik ak n ak mlas nak tmpang masak bilik orang. n the solution is to buy food on9 through campusfood.com. disebabkan zaf dan ak rase mcm nak mkn nasi, so kitorg pun tmpah la lamb briyani at campus briyani. kitorg amik byr dgn cash sbb dlm bank xde duet. zaf tempah makanan tu around 4.30 p.m. pas2 kitorg pun smayang n berharap agar makanan tu smpai dlm 45 minit berikutnye (mase yg dye tulis dlm laman web tu.).tunggu punye tunggu, sedar2 dah nak dkat pkul 6.30 p.m. adooiiii!!!! mane makanan ni??!! perut dah lapar, angin dah nek kepala r. bengang seh. pastu tbe2 shasha (jiran sbelah, melayu, single..haha) ckp yg dye pun tmpah gak campus briyani. tp pas kitorg tmpah la. so, the hypotesis is dye nak antar skali kat kitorg. patut r lambat!! semenjak dari aritu, ak rase malas dah nak tempah kat dye. so, nak nasihat kan korg ni, kalo nak tmpah makanan kat campus food, please jgn amik cmpus briyani. senarnye ade bnyak lg kisah hitam ak ngan dye ni. but please try pizza d roma. dah r sedap (bg ak r) murah plak tu.( ak xdpt pape commision promote dye ni).
p/s: my first class for this semester start arini, ngantok lak plak rasenye.adooiii..
Di coret oleh eshad phantom pd waktu 6:32 AM 3 yg prihatin
Monday, January 18, 2010
New semester!
alhamdulillah, cuti winter yg agak panjang ni akhirnya akan melabuhkan tirainya pd hari selasa ni. setelah telah lame diri ini berehat dan mengumpul tenaga, akhirnye diri ini akan kembali berjuang dijalan Allah. semoga perjuangan kali ini lebih baik dr sem lepas, insyallah.
sebelum memasuki semester bru, ingin diri ini muhasabah kembali apa telah dia lakukan sepanjang cuti ini
1)melayan tetamu dri drake (Azrin) dan CSM (Ikhlas, wahid, Izat)
-bes melayan tetamu ni. disamping mengeratkan silaturrahim, bnyak yg diri ini blaja dri mereka.
2)rehlah di Chicago
-seswai dengan gelaran diberi ;the windy city, mmg sejuk gler. dah la terlupa nak bwk kasut yg tebal, so xdpt nak meraikan new year bersama rakan2. xpe, mgkin ade hikmah nye. dpt juga menaiki salah satu tanda kecil kiamat (sears tower) dan menikmati keindahan dunia ciptaan Allah di Chicago. alhamdulillah.
3)tido dan men game.
-2 aktiviti yg sgguh mensia-siakan masa yg diberi Allah. semoga dpt dikurangkan lah aktiviti ni Insyallah.
semoga dengan nafas yg masih dikurniakan Allah, diri ini akan lebih bersemangat untuk menempuh cabaran semester ini. insyallah.
p/s: kepada rakan2, gudluk for your next sem!! ganbarimashou!!
Di coret oleh eshad phantom pd waktu 5:00 AM 0 yg prihatin
Saturday, January 16, 2010
donations
Assalammualaikum,
sebagaimane yg kte taw.
beberapa hari yg lepas, telah terjadi satu gempa bumi yg berskala besar di haiti.
gempa bumi ni telah memusnahkan rumah dan mengakibatkan bnyak mangsa terkorban.
selepas smyang jumaat yg lepas, ade pengumuman utk donation bg membantu rakyat haiti.
terdapat 2 cara kalo sesiapa nak menderma.
1) ngan surat, korang bley antar donation korg kat
ISNA headquarters
P.O. Box 808, Plainfield
Indiana 46168
2) korg bley gak donate online.
http://www.instantreg.com/isnadonations/donation.jspx?id=6
donation ini khas untuk student2 yg blaja kat USA je..
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."
(surah Al-Baqarah ayat 261)
marilah kte menanam pokok akhirat kte dengan menderma!!
selamat menderma. =)
Di coret oleh eshad phantom pd waktu 10:09 PM 0 yg prihatin
Thursday, January 14, 2010
Link menarik
td ternampak satu link dr blog salah sorg kwn saya,
Di coret oleh eshad phantom pd waktu 6:48 AM 3 yg prihatin
Wednesday, January 13, 2010
cerita 5 perkara aneh
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi, yang diperintahkan berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat:
1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,
2. Engkau sembunyikan,
3. Engkau terimalah,
4. Jangan engkau putuskan harapan,
5. Larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula daripada tempat ia ditanam. Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku daripada rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan daripada dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya.
Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa:
1. Engkau makan itu ialah marah.
Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
2. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.
3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.
4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.
5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang).
Maka larilah darpadai orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain.
Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu."
Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar
Di coret oleh eshad phantom pd waktu 4:37 PM 1 yg prihatin
Matinya hati
1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.
Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.
* Hubbul dunia (kasihkan dunia)
* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
* Membanyakkan makan dan menjatuhkan�anggota badan kepada maksiat kepada Allah.
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
* Zuhud dengan dunia
* Zikrullah
* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.
Di coret oleh eshad phantom pd waktu 4:31 PM 0 yg prihatin
Wahai as-syabab!!
Dulu..
Bila disebut lelaki..
Wanitanya mendongak megah..
Lelaki kami Asadullah,Saifullah..
Tokoh ramai tak terkira..
Kini..
Bila disebut lelaki..
Wanitanya menunduk lemah..
Tokoh kami sedikit sekali..
Ramainya,boneka Yahudi.
Dulu..
Bila disebut lelaki..
Wanitanya tenang di hati..
Lelaki kami menjaga, melindungi..
Kini..
Bila disebut lelaki..
Wanitanya mahu cabut lari..
Lelakinya khianat, perogol bersiri.
Dulu..
Bila seorang wanita teraniaya..
Sepasukan kuda putih membela..
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita..
Kini..
Ribuan wanita suci dipenjara..
Fatimah diperkosa minta dibela..
Lelaki tunduk tak bertenaga.
Dulu..
Bila wanita di bawah jagaannya..
Lelaki memagari sehabis daya..
Tiada siapa berani menggoda..
Kini..
Bila wanita di bawah jagaannya..
Lelaki tak kisah auratnya terbuka..
Wanitanya dibiar bebas, binasa.
Dulu..
Lelaki menggadai harta dan nyawa..
Untuk mengangkat kemuliaan agama..
Kini..
Lelaki menggadai ketinggian agama..
Demi dunia, nafsu, dan seisinya..
Dulu..
Lelaki bermatian mencipta sejarah..
Kental berjihad tekun berdakwah..
Kini..
Lelaki hanya menyanjungi sejarah..
Diri bermalasan tenaga tak dikerah.
Dulu..
Lelaki memperjuangkan ad-Din dan umah..
Al-Farouq, Zunnurain mati dibunuh..
Kini..
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya..
Hingga sanggup membunuh..
Dulu..
Lelaki bersatu menghadapi musuh..
Angkatannya kuat dan teguh..
Kini..
Lelakinya berpuak dan berpecah..
Sesama sendiri saling bertingkah..
Kembalilah lelakiku..
Pada kelelakianmu..
kami rindukan lelaki dahulu..
acuan Madrasah Rasul..
Syabab Musafir Kasih
~Fatimah Syarha Mohd Noordin~
Di coret oleh eshad phantom pd waktu 4:17 PM 0 yg prihatin
Saturday, January 9, 2010
hati ini sedar
hati ini sedar bahawa ia telah dinodai,
Di coret oleh eshad phantom pd waktu 5:25 PM 0 yg prihatin
Friday, January 8, 2010
Bertunang; antara adat dan syarak
TAKRIF PERTUNANGAN
Ulama dari mazhab Maliki (Hatab):
Pertunangan adalah satu ungkapan untuk menyeru kepada pernikahan dan apa-apa yang berlaku dari perbualan.
Ulama dari mazhab Shafie (Umairah):
Pertunangan adalah menyentuh (mengemukakan) pernikahan daripada orang yang diambil kira dengannya.
Daripada takrif pertunangan di atas dapatlah kita ketahui bahawa pertunangan ini adalah semata-mata satu perjanjian di antara dua pihak (pihak lelaki dan pihak perempuan) untuk melangsungkan perkahwinan. Pertunangan bukanlah satu akad seperti pernikahan dan memutuskan pertunangan dengan sebab-sebab tertentu bukanlah suatu kesalahan.
PERTUNANGAN DI SISI SYARAK
Terbahagi kepada lima cara:
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.
Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.
PERTUNANGAN DI SISI ADAT
Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang. Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam.
HEBAHAN PERTUNANGAN
Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.
WAKTU PERTUNANGAN
Berkaitan dengan pertunangan yang lama - pada pandangan saya ia terletak di atas diri kedua-dua pihak yang bertunang untuk menentukannya. Sekirannya kedua-dua (peminang lelaki dan perempuan) mampu melaluinya dan bersedia dalam tempoh masa pertunangan yang panjang maka tidaklah mengapa. Namun pertunangan yang panjang mungkin membawa sedikit masalah dari pengalaman beberapa orang kenalan saya.
p/s: Artikel ini disunting berdasarkan soal jawab di forum iLuvislam
Di coret oleh eshad phantom pd waktu 3:23 PM 1 yg prihatin
Thursday, January 7, 2010
Bertunang
Sabda Nabi :-
Di coret oleh eshad phantom pd waktu 5:28 PM 6 yg prihatin