BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

fikir-fikirkan lah

"Don't make promise when you are in JOY,
Don't reply when you are SAD,
Don't take decision when you are ANGRY,"

Think twice, Act wise...

.:Lagu2 hati:.

Wednesday, January 13, 2010

Wahai as-syabab!!

Dulu..
Bila disebut lelaki..
Wanitanya mendongak megah..
Lelaki kami Asadullah,Saifullah..
Tokoh ramai tak terkira..
Kini..
Bila disebut lelaki..
Wanitanya menunduk lemah..
Tokoh kami sedikit sekali..
Ramainya,boneka Yahudi.


Dulu..
Bila disebut lelaki..
Wanitanya tenang di hati..
Lelaki kami menjaga, melindungi..
Kini..
Bila disebut lelaki..
Wanitanya mahu cabut lari..
Lelakinya khianat, perogol bersiri.


Dulu..
Bila seorang wanita teraniaya..
Sepasukan kuda putih membela..
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita..
Kini..
Ribuan wanita suci dipenjara..
Fatimah diperkosa minta dibela..
Lelaki tunduk tak bertenaga.


Dulu..
Bila wanita di bawah jagaannya..
Lelaki memagari sehabis daya..
Tiada siapa berani menggoda..
Kini..
Bila wanita di bawah jagaannya..
Lelaki tak kisah auratnya terbuka..
Wanitanya dibiar bebas, binasa.


Dulu..
Lelaki menggadai harta dan nyawa..
Untuk mengangkat kemuliaan agama..
Kini..
Lelaki menggadai ketinggian agama..
Demi dunia, nafsu, dan seisinya..


Dulu..
Lelaki bermatian mencipta sejarah..
Kental berjihad tekun berdakwah..
Kini..
Lelaki hanya menyanjungi sejarah..
Diri bermalasan tenaga tak dikerah.


Dulu..
Lelaki memperjuangkan ad-Din dan umah..
Al-Farouq, Zunnurain mati dibunuh..
Kini..
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya..
Hingga sanggup membunuh..


Dulu..
Lelaki bersatu menghadapi musuh..
Angkatannya kuat dan teguh..
Kini..
Lelakinya berpuak dan berpecah..
Sesama sendiri saling bertingkah..


Kembalilah lelakiku..
Pada kelelakianmu..
kami rindukan lelaki dahulu..
acuan Madrasah Rasul..

Syabab Musafir Kasih
~Fatimah Syarha Mohd Noordin~

0 yg prihatin: